KBKPPKS akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa pada ketetapan berikut:
Tarikh : 9 November 2025 (Ahad)
Masa : 11.00 am
Lokasi : Restoran Spice Guys Banana Leaf, Suria KLCC
KBKPPKS bersama PEKESEP dan Akademi Huffaz Darul Syahadah akan menganjurkan Majlis Khatam Quran 2025 pada 16hb November bermula jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari, bertempat di Akademi Huffaz Darul Syahadah, Kg Chubadak Dalam, Sentul Pasar, Kuala Lumpur.
KBKPPKS bersama PEKESEP akan menganjurkan Program Pertandingan Bowling Kencana Rakan Aktif 2025 pada 25hb Oktober jam 8.00 malam bertempat di Ampang Superbowl, Ampang Point (tingkat 3).
Peringatan kepada peserta:
Pendaftaran bermula jam 7.30 malam
Sila pakai baju berwarna hitam
Sila bawa stokin
Pertandingan bermula jam 8.00 malam, tamat jam 9.20 malam
KBKPPKS bersama PEKESEP akan menganjurkan Majlis Jalinan Kasih Asnaf Madani 2025 Fasa 3 pada tarikh 26hb Oktober jam 11.00 am - 2.00 pm bertempat di PPR Seri Semarak, Setapak.
Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) akan menganjurkan Fiesta Rakan Muda Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 pada 4-5 Oktober 2025 bertempat di MyTOWN Shopping Centre . Pelbagai acara menarik disediakan oleh penganjur. Hubungi 03-88713748, 019-3119947 untuk maklumat lanjut.
KBKPPKS bersama KBPK dan PEKESEP akan menganjurkan Program Gunting Rambut Percuma 2025 Fasa 4 pada tarikh 21hb September jam 10.00 am - 5.00 pm bertempat di Dewan Orangramai PPR Pekan Kepong Setia.
KBKPPKS bersama KBPK dan PEKESEP akan menganjurkan Majlis Titipan Kasih Maal Hijrah 1447H pada tarikh 24hb Ogos jam 11.00 am - 2.00 pm bertempat di Bersebelahan KK-Mart PPR Pekan Kepong Setia.
KBKPPKS bersama PEKESEP akan menganjurkan Majlis Jalinan Kasih Asnaf Madani 2025 Fasa 2 pada tarikh 16hb Ogos jam 11.00 am - 2.00 pm bertempat di PA Seri Pahang, Bangsar.
KBKPPKS bersama PEKESEP akan menganjurkan Majlis Jalinan Kasih Asnaf Madani 2025 Fasa 1 pada tarikh 14hb Jun jam 11.00 am - 2.00 pm bertempat di PPR Jalan Jelatek.
Program Gunting Rambut Percuma Fasa 4 pada tarikh 8hb Jun bertempat di PA Seri Pulau Pinang, Cheras, DIBATALKAN atas sebab Persatuan Penduduk tidak mampu untuk menganjurkannya. Harap maklum.
KBKPPKS bersama PEKESEP akan menganjurkan Majlis Aidilfitri Keluarga1446H pada tarikh 27hb April jam 12.00 pm - 4.00 pm bertempat di Lorong Haji Ariffin, Kg Delek Baru, Klang, Selangor.
KBKPPKS bersama Persatuan Penduduk PPR Pekan Kepong, Surau Al-Muttaqin, PEKESEP dan beberapa NGO akan menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri 1446H pada tarikh 26hb April jam 9.00 pm - 11.00 pm bertempat di Dewan TLKB PPR Pekan Kepong.
KBKPPKS telah berjaya menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan ke-7 pada 13hb April bertempat di Hotel Lazdana, Jln Putra, K.Lumpur. Syabas diucapkan kepada ahli-ahli yang telah dilantik sebagai Jawatankuasa Kelab bagi sesi 2025-26.
KBKPPKS bersama PEKESEP akan menganjurkan Majlis Nur Aidilfitri 1446H pada tarikh 12hb April jam 11.00 am - 1.00 pm bertempat di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.
KBKPPKS akan menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan pada 13hb April jam 11.45 pagi bertempat di Hotel Lazdana, Jln Putra, K.Lumpur.