Semenjak saya dilantik sebagai Pengerusi KBKPPKS, saya telah menanam niat di dalam hati bahawa saya ingin membantu warga pengundi belia Parlimen Kepong yang bermasalah supaya suara mereka didengari oleh pihak yang berwajib.
Kelab telah berumur 9 tahun dan telah matang dalam pelbagai hal demi menguruskan program-program, aktiviti-aktiviti dan masalah yang telah, sedang dan akan dihadapi oleh para belia dan penduduk sekitar.
Pihak kelab amat menitikberatkan kebajikan para belia/penduduk dan perpaduan antara kaum dikalangan para penduduk sekitar. Oleh itu, banyak program serta aktiviti yang telah dan akan dirancangkan bagi merealisasikan misi kelab.
Justeru itu, pihak kelab ingin membantu mereka dengan memberi bantuan berupa penyertaan kursus keusahawanan, program motivasi, program sukan, sumbangan wang ringgit dan barangan dapur dari tajaan pihak syarikat korporat, agensi kerajaan dan badan berkanun bagi meringankan beban yang mereka tanggung dan meningkatkan kualiti hidup.
Dengan terlaksananya impian dan misi kelab bagi meringankan beban masyarakat dan juga mengeratkan perpaduan di antara kaum, pihak kelab berharap agar kita boleh bekerjasama dan saling bantu membantu bagi menjamin kesejahteraan penduduk dan keselesaan masyarakat belia.
Harapan juga diletakkan di atas kerjasama pihak jabatan kerajaan, DBKL, badan berkanun, ahli parlimen, syarikat korporat dan badan - badan NGO supaya dapat mencapai misi kelab.
Moto kelab adalah ‘BELIA CEMERLANG HARAPAN NEGARA’. Negara memerlukan belia yang cemerlang kerana mereka akan:
Menjadi pemimpin generasi akan datang
Belia yang mempunyai ilmu pengetahuan dan nilai kepimpinan yang tinggi mampu menjadi pemimpin yang amanah, berintegriti, dan berpandangan jauh.
Membangunkan ekonomi negara melalui tenaga kerja yang produktif
Golongan belia yang berkemahiran dan produktif dapat meningkatkan daya saing negara serta menarik pelaburan dan peluang pekerjaan.
Menghasilkan inovasi dan teknologi baharu
Belia yang kreatif dan inovatif mampu mencipta teknologi baharu yang membantu pembangunan negara.
Memelihara keamanan, perpaduan, dan keharmonian masyarakat
Belia yang mengamalkan sikap hormat-menghormati dan toleransi dapat mengukuhkan keharmonian dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
Mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa
Kejayaan belia dalam bidang akademik, sukan, seni, dan inovasi dapat mengharumkan nama negara di mata dunia.
Kesimpulannya, “Belia Cemerlang Harapan Negara” menegaskan bahawa masa depan sesebuah negara bergantung kepada kualiti generasi mudanya. Oleh itu, setiap belia perlu berusaha menimba ilmu, membentuk sahsiah yang baik, menguasai pelbagai kemahiran, dan menyumbang kepada masyarakat agar dapat menjadi pemimpin yang mampu membawa negara ke arah kemajuan, kemakmuran, dan kesejahteraan.
MUHAMMAD SHUZAINY BIN REE
PENGERUSI