Misi
Mengadakan aktiviti yang dapat membina peribadi, meningkatkan kesetianegaraan dan mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negatif di kalangan ahli-ahli;
Mengadakan aktiviti untuk ahli-ahli dalam bidang kebudayaan, sukan, kerohanian dan lain-lain;
Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam program pembangunan komuniti setempat;
Memberi peluang kepada ahli-ahli terlibat dalam program latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan;
Bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dalam pelaksanaan program pembangunan belia;
Melahirkan tenaga sukarelawan yang akan dapat memberikan perkhidmatan demi kepentingan masyarakat dan negara; dan
MENGADAKAN PROGRAM DAN AKTIVITI KEBAJIKAN UNTUK GOLONGAN ASNAF TERUTAMANYA ANAK YATIM, IBU TUNGGAL, OKU DAN ORANG MISKIN.
Visi
Membina peribadi belia yang mulia;
Meningkatkan kesetianegaraan di kalangan belia;
Belia mempunyai kesedaran terhadap kebudayaan, alam sekitar, sukan, kesihatan, kerohanian dan kebajikan sosial;
Penglibatan belia dalam latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan; dan
Belia negara menyesuaikan diri dan membentuk sikap positif dalam menghadapi cabaran dan desakan hidup melalui penggunaan komponen pendidikan dan kemahiran hidup.